BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 4, 2011

Elakkan Tekanan Dlm Bercinta

Tidak dinafikan, saat bercinta juga boleh memberikan tekanan apabila timbul perselisihan faham. Namun, ada beberapa perkara yg boleh kamu elakkan semasa bercinta agar terhindar dari tekanan...insyaAllah...

1) Jangan terlalu serius dlm perhubungan
- Sikap yg terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Rileks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.

2) Elakkan terlalu mengawal pasangan
- Ini boleh menimbulkan kebosanan & konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam hubungan percintaan.

3) Jangan letakkan kebahagiaan anda di tangan pasangan
- Kebahagiaan itu terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yg berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira & bahagia.

4) Jangan mengharap terlalu banyak dari pasangan
- Pasangan tidak bertanggungjawab dlm menjamin kebahagiaan kamu. Tetapi bg pasangan yg bahagia, mereka bersedia utk berkongsi segalanya dan tidak memaksa utk mencapai impian.

5) Jangan pendam perasaan
- Sesetengah pasangan cuba mengelak utk membincangkan konflik yg dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yg tidak berpuas hati selagi tidak diubati. Bukan kah lebih senang jika berbincang bersama?

(^__^)

0 comments: