BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 26, 2011

~Untungnya Wanita Bergelar Ibu~

Assalamualaikum...

Topik hari ni membincangkan tentang wanita yg bergelar ibu ataupun yg bakal menjadi ibu...wah, lepas saya baca artikel tu, saya berasa amat takjub dengan balasan yg Allah berikan pada seorg ibu yg benar2 menjalankan tugasnya sebagai ibu yg mithali...banyaknya pahala yg bakal seorg ibu akan perolehi sehinggakan saya rasa seolah2 cemburu...hehe...tapi itulah kuasa Tuhan, sebab pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya...Jadi, wanita2 di luar sana, apa lagi, rebutlah peluang ini, jadilah bakal isteri & ibu yg bertanggungjawab & solehah...mari kita renungkan ganjaran yg bakal seorg ibu perolehi melalui artikel di bawah...

~ Lagu dendangan penyanyi Aishah antara yg popular dlm menggambarkan kemuliaan seorg wanita bergelar ibu. Bahkan, di dalam al-Quran dan hadis juga sudah dinyatakan betapa tingginya darjat seorg ibu sehingga dinyatakan bahawa syurga itu terletak di telapak kaki ibu. Cuba kita hayati betapa mulianya menjadi seorg ibu.

~ Doa seorg ibu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Seorg ibu lebih penyayang daripada seorg ayah dan doa org yg penyayang itu tidak sia-sia".

~ Rasulullah bersabda lagi: "Wanita yg tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku di dalam syurga".

~ Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap terhadap wanita? Jawab Rasulullah: "Suaminya!" Dan siapa pula yg lebih besar haknya terhadap lelaki? Jawab Rasulullah: "Ibunya".

~ Apabila seorg wanita itu hamil, sejak itu juga setiap hari para malaikat akan beristighfar utknya dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.

~ Apabila seorg wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya, maka Allah akan memberinya pahala bagai org yg berjihad ke jalan Allah.

~ Setelah wanita itu melahirkan bayinya, maka terhapuslah segala dosa-dosanya ibarat seperti dilahirkan semula. Dan setiap urat yg putus semasa melahirkan itu, Allah akan memberi pahala bagaikan org yg menunaikan haji.

~ Setelah lahir bayi itu lalu disusukan, maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah. Dan seorg ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua tahun, maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untunya.

~ Apabila seorg ibu memberikan susunya kepada bayinya yg menangis kelaparan, maka Allah akan memberinya pahala bersamaan setahun solat dan berpuasa.

~ Seorg ibu yg bersengkang mata pada waktu malam kerana menjaga anaknya yg sakit, Allah akan memberinya pahala bagaikan memerdekakan seramai 70 org hamba.

~ Seorg ibu yg menghiburkan hati anaknya, Allah memberinya 12 tahun pahala beribadat.

~ Seorg lelaki bertanya kepada Rasulullah, siapakah manusia yg berhak aku layan sebaik-baiknya? Jawab Rasulullah: "Ibumu". Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab: "Ibumu". Dan siapa lagi? Baginda menjawab: "Ibumu". Dan setelah itu siapa lagi? Baginda menjawab: "Ayahmu". Sesungguhnya seorg ibu itu perlu didahulukan tiga kali ganda melebihi si ayah seperti yg disebut dalam hadis Rasulullah tersebut.

~ Seorg sahabat datang menemui Rasulullah meminta izin untuk turut serta dalam perang jihad. Lalu Rasulullah bertanya: "Adakah kamu mempunyai ibu?" Ya, jawab lelaki itu. Lalu Baginda bersabda: "Jika begitu, tetaplah engkau bersamanya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kakinya".

~ Ibnu Umar r.a melihat seorg lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung ibunya. Lelaki itu mengeluh sambil berkata: "Aku bagaikan tunggangan yg hina terpaksa memikulnya. Apakah dengan ini aku sudah membalas budinya?" Lantas Ibnu Umar menjawab: "Tidak! Langsung tidak mampu engkau membalas walaupun sekadar satu helaan nafasnya semasa melahirkanmu".

~ Lihatlah betapa beasarnya darjat seorg ibu di sisi Allah. Pahala berganda diterima seorg ibu hanya untuk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya.


Sayangnya, hanya segelintir wanita yg mengetahui mengenai perkara ini...bersyukurlah dengan kurniaan Allah ini...Pahala seperti ini hanya diberikan khas kepada wanita tetapi bukan lelaki...kira baguslah tu dan beruntunglah kalian...Maka, sama2 lah rebut peluang ini apabila anda bakal menjadi ibu...aha, sebelum terlupa, ucapkanlah "Selamat Hari Ibu" kepada ibu anda, ambillah peluang untuk memeluk, mencium, mengucapkan kata maaf kepadanya, ucapkan kata sayang kepadanya selagi ibu anda masih dipanjangkan umur oleh Allah...InsyaAllah...


Sedikit info daripada saya (^_^)

Syukran Jazilan...Wassalam...

Friday, April 22, 2011

Manfaat Pergerakan Dalam Solat


1. Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas
Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. Posisi kedua - berdiri betul serta membaca Al-Fatihah
Faedah - Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir kesemuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A, I, U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3. Posisi ketiga - rukuk
Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati, dan mengharmonikan batin.

4. Posisi keempat - Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Faedah - darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskn ketegangan.

5. Posisi kelima - sujud
Faedah - Lutut berbentuk sudut tepat membangunkan otot dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas bdan khususnya kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru - paru. 'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6. Posisi keenam - duduk di antara dua sujud
Faedah - Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

7. Posisi ketujuh - sujud kedua
Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8. Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud
Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.


Sekian, untuk makluman semua Muslimin & Muslimah (^_^)

Wassalam...

Saturday, April 9, 2011

~Menunggu Masa~


Asssalamualaikum...


Menunggu masa? Apa yg aku tunggu sebenarnya...aha...macam ni, pertama sekali menunggu masa untuk diserap secara kekal sebagai pekerja di tempat aku bekerja sekarang...pejam celik, pejam celik, tinggal 2 minggu lebih saja lagi dah nak genap setahun aku bekerja kat situ...iaitu Pharmaniaga...Alhamdulillah, jodoh bekerja dekat situ agak panjang sehingga kini...dan aku harapkan berpanjangan lagi walaupun bermacam2 dugaan yg aku hadapi sepanjang menjalani latihan praktikal & juga sebagai pelatih (Management Trainee) kat situ...Apa yg aku harapkan, aku dapat bekerja selepas ini dgn penuh dedikasi, komitmen & juga penuh amanah...diharapkan dengan pengurusan baru yg akan mengambil alih syarikat tu, adalah sinar harapan yg lebih tinggi yg bakal aku perolehi pada masa hadapan...InsyaAllah...jadi, dlm minggu ni, atau minggu depan, aku kena lah duduk berbincang dgn bos aku sama ada nak serap aku bekerja kat situ ataupun tidak...tapi besarlah harapan aku dpt bekerja kat situ...sebab apa? Sebab aku selesa dgn kerja aku sekarang, kerja aku tak adalah sesusah org lain & semudah yg kita bayangkan, lokasi dekat dgn rumah aku (bolehla save sikit), kerja tak perlu bawa sampai ke rumah & penat tu mmg la penat..kerja apa yg tak memenatkan...tidur pun penat tau...baru aku sedari yg kerja memenatkan, dan bukan mudah utk mencari rezeki...kena lah usaha...baru aku tau penat jerih ayah aku berseorangan mencari rezeki utk 6 org adik beradik aku...bersyukur sangat...Thank you dad!!! Jadi, sekarang giliran aku pula lepas ni mencari rezeki utk aku sendiri, keluarga aku & juga bakal keluarga yg akan aku bina nanti...



Yg kedua, apa lagi yg aku tunggu??? Aha...impian nak mempunyai kereta InsyaAllah akan terlaksana pada bulan depan...walaupun bukan kereta baru (kira second hand la)...kereta tu milik ayah aku sebenarnya...tapi Alhamdulillah, rezeki datang bergolek, ayah aku bercadang nak berikan kereta tu kat aku, cuma tinggal habiskan bayar je selama 2 tahun lagi...kira oklah tu...tak perlulah aku nak kena buat loan ke apa kan...dah save kat situ...boleh simpan duit sikit2...belum sempat nak miliki kereta tu, dlm kepala aku ni dah terbayang nak modify mcm2 kat kereta tu..uish...tak boleh, tak boleh...relax la dulu...guna je la apa yg ada selagi elok, boleh bergerak ke sana sini...kalau nak pun, kena la slow2 & kena la bajet betul2...jadi, setelah berbincang dgn ayah aku Isnin lepas, maka InsyaAllah kereta tu akan aku warisi (mcm Waris Jari Hantu lak)...bulan depan dah start kena bayar...tapi aku rasa, aku still pergi kerja naik motor lagi kot, cuma kalau hujan terpaksa lah naik kereta jugak...minyak dah save kat situ...Tadi pun dah pergi Perodua (temankan ayah aku) usya2 kereta & berlaku lah perbincangan nak beli kereta tadi...90% kereta baru akan tiba di rumah aku nanti mungkin awal atau tengah bulan depan...jadi lepas ni tak adalah sesi2 nak minta kebenaran nak pinjam kereta lagi (InsyaAllah, harap2lah kan)...kena lah jaga elok2 kereta tu lepas ni...nak sentiasa bersih je...baru rasa selesa nak drive...aha...



Yg ketiga, menunggu masa utk berjumpa dengan buah hati si pengarang jantung hati aku...wah, rindu bangat kat dia...masuk harini dah 10 hari aku tak berjumpa dgn dia...rindu sangat2...dia mungkin busy kot, so terbatas la waktu utk ketemu dgn dia...harap2lah dapat berjumpa lagi...rindu sangat syg...


Yg keempat, dlm minggu ni, aku sering sakit dada...aku tak tau la sebab apa...nak kata tekanan kerja, mungkin jugak sebab aku pun busy dgn projek Perkeso minggu ni...nak itulah, nak ini lah, so nak tak nak aku kena siapkan la report utk diorg...ish3...batuk aku sampai sekarang belum hilang lagi, dada pulak rasa sakit macam senak2 la jugak...kadang2 bernafas pun rasa susah sikit...tapi belum lagi sampai membataskan pergerakan aku lagi...harap2lah lepas ni, elok lah macam sediakala...so, menunggu masa la jugak utk sihat kembali...berikanlah kekuatan pada hambaMu ini Ya Allah..


Sekian.....coretan ikhlas... (^__^)

Monday, April 4, 2011

~Puisi Untuk Kekasihku~




Kekasihku...
Aku gembira mengenalimu...
Aku selesa mendampingimu...
Aku ikhlas mencintaimu...
Aku bahagia menyayangimu...



Wahai Kekasihku...
Terima kasih kerana memberikan aku peluang mengenalimu...
Peluang untuk mendekatimu...
Peluang mencintai & menyayangimu...
Terima kasih kerana sering meluangkan masa bersama ku...di sisiku...
Dan walaupun kita tidak berkesempatan bertemu...
Terima kasih kerana membahagiakan ku dengan gurauan & hilai tawamu, candamu...
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepadaku untuk memiliki & mencintaimu...
Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk ku menjadi kekasihmu...



Kepada kekasihku yg amat aku cintai...
Aku ingin engkau tahu...
Aku ingin engkau mengerti...
Hanya engkau yg ku cinta...
Hanya engkau yg ku doakan setiap masa dlm sujudku...
Hanya engkau yg ku perlukan...
Semoga hubungan kita berkekalan hingga bila-bila...
Hanya engkau yg ku cinta...
Tiada yg lain...
Hingga hembusan nafasku yg terakhir...InsyaAllah...

I LOVE YOU FOREVER!

Saturday, April 2, 2011

~Segalanya Mungkin~

Assalamualaikum...



Harini 2nd April...aku sekarang berada di Melaka (rumah kakak aku)...Sebabnya, utk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar dia...hmm...ikutkan plan asal aku, lps je majlis aku nak terus je gerak balik Shah Alam...tp apakan daya, plan tak jadi pulak sebab ikutkan nak tumpang adik aku balik, tp smlm dia pulak x jd balik sebab kereta husband dia pulak buat hal...tu la, asik duk tukar itu tukar ini last2 rosak...hmm...so, td baru dia sampai & mungkin aku blk lewat mlm tak pun esok pg...terpulang la kat adik ipar aku mcm mana, sbb dia yg drive...aku dah boring tahap cipan dah ni tak tau nak buat apa...

Tak sabar nak balik, aku nak jumpa gf aku...saja nak berjumpa hilangkan rindu tp lama mana pun takkan hilang rindu tu...dah plan lama sbb last week tak dpt jumpa sbb dia pergi Ganu...so, ingat nak jumpa la this week tp kena pulak balik Melaka...temankan ayah aku...argh...kacau2...habis semua plan...hmm...rasa bersalah pulak kat gf aku...syg, minta maaf sgt2 ye...kalau la semua ni x berlaku kan best...

Bila fikir2 blk...senang kalau aku ada kereta sendiri nak gerak ke mana2...aku plan lepas aku confirm kerja kat tempat sekarang aku kerja baru aku berani nak ambil kereta...tp ayah aku pulak offer sambung bayar je duit kereta dia sbb dia ada plan nak beli kereta baru (sebab dia dah nak abis kerja dah bln 5 ni)...mmg sesuai la, sbb bln 5 ni aku baru tau confirm ke tak dpt kerja kat situ...InsyaAllah & harap2 la dapat...gaji InsyaAllah naik la sikit berbanding sekarang...
Ada kereta senang sikit nak ke mana2...

Hmm...banyak plan lepas aku dah confirm kerja nnt...aku ingat nak mengumpul duit...nak kahwin...huu...smlm pulak mimpi bertunang dgn gf aku...best lol...mmg real la...sblm ni mimpi kahwin..smlm pulak mimpi bertunang...terbalik pulak...harap2la betul menjadi kenyataan mimpi tu...amin...


Ini jela coretan aku yg tengah bosan & rasa bersalah kat sini...hmmmmmmmmmmm.....


wassalam...