BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

Renungan Bersama


Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan Sedikit Ttg Wanita

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau
perempuan.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting
pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk
kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita
hidup bukan bersendirian...
Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah sekadar renungan
bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang
menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke
bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan?
Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak
pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan
imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah
'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda
kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila
berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah
risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam
keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang
suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila
disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan
dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh
isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu
melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air
mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan
anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa
teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu
menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui
kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta
maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang
berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,
wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa
jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun
tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka
memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi
layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan
keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter
bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik
dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda
setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih
banyak tentang lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan Kecantikan lelaki
berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang
sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
5) Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi
seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN
APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

Monday, March 28, 2011

What happened??

Assalamualaikum...


Pertama sekali, hari ni adalah hari 'closing date' iaitu hari utk meng'invoice'kan mana2 order yg belum invoice utk achieve sales target utk bulan Mac...Target utk bulan ni ialah RM 700k. Banyak tuuu...Ini baru utk team aku yg kecil je...Belum lagi campur lain2 team...so, masuk2 ofis pg tadi menggelabah lah tgk order2 yg belum invoice lagi...agak penat dgn masalh Perkeso tu lagi...ada pulak 2 order Perkeso boleh terhantar sampai 2 kali...nak tak nak kerja aku la yg kena buat proses mengambil semula stok yg dah terhantar lebih tu...agak leceh tp terpaksa la buat secepat mungkin...ayoyo...macam mana la boleh hantar stok yg sama sampai 2 kali...masuk bulan ni je, dah banyak kes salah hantar item tak pun terlebih hantar item kat Perkeso...kerja aku jugak la yg kena ambil balik item2 tu...haih...esok, tengokla sales report sama ada team aku dpt achieve target ke tak...harap2la dapat...InsyaAllah...


Kedua, tgh2 kelam kabut nak invoice order, aku teringat plan aku hari ni nak pergi bayar bil...bil air, bil elektrik, bil internet...so, aku pun decide la keluar awal sikit before waktu lunch pukul 1 td...punya la nak cepat sampai kan tak sempat nak lunch dulu...kejar masa...risau masuk lambat...so, bank yg pertama aku pergi td adalah Maybank (plan nak byr bil internet)...dtg2 je, punya la ramai org...masa aku ambil nombor giliran, aku tgk kat skrin nombor giliran baru 2143, aku punya nombor giliran 2192! Pergh...jauh tu...dahla dgn x gerak2 lg...huhu...so, aku pun decide la tunggu jap, mana tau keajaiban terus pergi ke nombor aku...tunggu punya tunggu, tgk jam dah 1.20...ish x boleh jadi ni, terus la aku blah pergi pulak bank BSN tanpa membayar duit internet...pergi BSN pun ramai org! Alamak, nak tak nak tunggu la jugak sampai aku terlelap..hee...malu je...settle dlm pukul 2, aku pun gerak la cepat2 nak masuk ofis, tp perut ni nak kena berisi, aku pun berhenti la singgah makan kat kedai mamak dkt2 ofis tu...makan dah, tgk jam dah nak dkt 2.30, apa lagi cepat2 la blk ofis...fuuhh..nasib baik bos tak marah sbb dia busy...selamat2...slepas tu sambungla balik kerja2 invoice sampai la ke ptg...


Ketiga, balik je rumah, anak2 buah aku bising2 ckp mama diorg masuk hospital...aku pun tanya la mak aku kenapa dgn kakak aku, rupanya, kena operate sbb apendiks dia bengkak, patutla 2,3 hari sblm ni nampak muka dia mcm tahan sakit je, pastu agak emosional la...Kesian pulak fikir2 blk...yela, mana taknya, smlm kitorg bertengkar sbb bil je...dia suruh aku byr semua, tp aku tak nak sbb bln lps aku dah byr...dia ckp budget dia bln ni dah lari...hmm...nak tak nak aku mengalah la...tu yg pergi bayar td kalau tak, alamatnya kena potongla sebab dah tertunggak byk...haih...tp fikir2 blk, kesian pulak dia...hmm...i'm so sorry Kak Ngah...so, td pergi melawat dia, keadaan dia agak lemah la jugak...tp still bersemangat la sbb anak2 dia ada...kesian budak2 tu tidur mlm ni dgn ayah diorg jela, cuma yg baby tu tidur la dgn mak ayah aku...kesian2...nak buat mcm mana kan...


Sekarang, my gf on the way blk dari Terengganu, harap2lah selamat perjalanan dia blk ke Shah Alam...rindunya kat dia...agak2 dlm pukul 1 or 2 pg sampai la kot ke sini...mesti dia penat...Syg, blk je terus rehat & tidur eh...


Mata aku ni pun dah tak tahan dah ni...nak tidur...huu...

Slmt mlm....wassalam...

Sunday, March 27, 2011

~Macam-macam~


Assalamualaikum...



Hari ni hari Ahad 27/03/2011. Hari yg biasa. Smlm 26hb, mcm biasa, genap 8 bulan aku berpacaran bersama kekasih tercinta. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan. Haraplah & besarlah harapan aku, ia akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah...Walaupun, dia tiada di sisi kerana berada nun jauh di Terengganu, aku sentiasa merinduinya.


Smlm juga hari yg aku rasa agak gembiralah juga sebab smlm berlangsungnya pertandingan boling anjuran syarikat tempat ku bekerja yakni Pharmaniaga. Agak enjoy & relax. Dah lama tak main boling & bila diajak turut serta mmg tak fikir panjang, terus je join. Sebelum pergi, solat dulu & doa juga harap2 menang kan. Nak dikatakan team aku ni terror2 belaka tak adalah juga. Semua jenis tahap medium je, tak ada sampai expert bab2 boling ni. Cuma, mungkin sebab balingan yg konsisten antara kami, dapatlah juga kumpul point yg agak banyak & Alhamdulillah team kami menang juga tempat ketiga walaupun kami tak target pun nak menang sebab tengok team lain gempak2 je. So, mmg lah suka sangat2. Sampaikan aku bgtau kat gf aku...huu...mcm lah masuk pertandingan besar sangat.


Hari ni pulak, aku tak pergi ke mana. Tak ada rancangan apa2 pun. Agak bosan. Takkan nak keluar sorg2. Dengan kesihatan yg agak terganggu pagi tadi (muntah2, mungkin smlm mkn entah2 apa2 la dgn member2 aku), aku pun decide la duduk jela berehat kat rumah. Sambil2 tu boleh la buat apa yg patut, so, aku pun bacalah suratkhabar, iron baju kerja utk seminggu, mengemas la sikit rumah ni & bilik aku & tidur sampai ke petang. So, petang tadi lepas solat Asar, aku pun keluar pergi ke bank, masukkan duit untuk adik aku & keluarkan duit untuk bayar bil air, elektrik & internet esok. Kena settle kan cepat, tak adalah pening2 aku nak fikir2 lagi. Balik je dari bank, terus singgah kedai gunting rambut, so rambut aku yg aku rasa dah panjang & serabut tu telah selamat digunting. Balik dari kedai tu, repair motor aku pulak, keluar bunyi bising kat handle, so td aku pun repair2 la bg senyap..ayoyo...tgh2 repair tu, ayah aku pun datangla tolong & sambil2 tu dia cerita la yg pagi tadi masa on the way ke pasar, dia hampir accident, terkejut jugaklah aku. Dia cerita yg ada 1 kereta keluar dari simpang dengan tak berhentinya hampir2 jela nak langgar ayah aku dgn motor kesayangan aku tu...fuh..nasib baik lah tak ada apa2. Selamat ayah aku, selamat motor aku. Nasib baik lah semalam aku dah tukar brake depan & belakang, so selamat lah ayah aku brake td & tak langgar apa2. Alhamdulillah..So, lepas repair motor aku pun bawak la jln2 motor aku tu, tgk macam dah kurang la jugak bunyi bising tu..best2..


Skrg dah mlm, makan sudah, kenyang pun sudah. Kerja tak ada. So bosanlah sikit. Online jela apa yg patut. Ni lah tempat aku nak buang masa sikit. Saje2 je. Oklah, tak ada apa lg kot nak share, esok pulak nak kerja, harap2 minggu ni minggu best. InsyaAllah.

(^__^)

Wassalam...

Saturday, March 19, 2011

~Tak Menarik~

Assalamualaikum...


Kerisauan sedang melanda diri aku ni...hmm...x tau nak mula mcm mana...aku risau dgn tubuh badan aku sendiri...aku perasan ada tompok2 yg aku x kenali muncul kat badan aku ni...dah perasan lama tp aku biarkan dulu, mungkin ia muncul & akan hilang sendirinya...tp sehinggalah sekarang, masih belum hilang...walaupun aku dah sapu krim, dah guna sabun anti-jerawat, guna sabun pelembap, tp tompok2 tu x hilang2...hmm...kadang2 ia menggatalkan...argh...sebab apa ek? aku bosanlah mcm ni...jd dah x menarik badan aku ni...dahla kurus, tambah pulak dgn penyakit kulit ni aku rasa down kadang2...tgk depan cermin pun kadang rasa x lalu, menyampah, sakit hati, tp nak buat mcm mana lg...bukan aku x usaha nak hilangkan tp...hmm...


Then, yg aku risau lg sbb muka pecah aku ni...bekas jerawat merata2...ni pun dah macam2 produk aku pakai tp tula, x hilang2 jugak...aku pun teringin jugak merasa kulit muka licin, sentisa lembap & tak berminyak...tp impian tinggal impian jela...hmm...jealous la tgk muka lelaki lain licin2...aku tau & sedar aku ni x se'handsome' mana pun...tp ditambah pulak dgn masalah muka ni lg...ni lg satu penyebab aku down...sbb tu aku jarang nak bergambar sgt...sbb x sampai hati nak tgk muka sendiri...hmm...kenapa ek?aduh, risau pulak...


Lagi, aku ni jenis x berapa pandai bergaya...aku bukan jenis org yg suka ber'fashion2' ni...aku x reti...aku selalu rujuk kat org je mana yg sesuai utk penampilan aku...aku jenis simple...x berapa bergaya mcm lelaki lain...sbb aku tau kalau aku bergaya lebih2 pun, aku masih belum mempunyai tubuh badan menarik, muka yg x berapa 'handsome' & mcm2 lg la...mcm mana nak settle kan semua perkara di atas??? Terutamanya, muka & badan aku ni la...nak jugak merasa muka yg mcm ala2 Korean ke, Japanese ke...muka2 artis sana semua licin2 ek...apa rahsia diorg??? Tak nak la sampai nak kena buat pembedahan plastik....silap2 jadi mcm Micheal Jackson tu...muka dah mcm apa asyik alter sana sini...aku x nak la sampai berhabis byk duit sbb aku dari golongan kurang berkemampuan...hmmmm....


Apa yg perlu dibuat??? Rasa rendah diri pulak......

Thursday, March 17, 2011

~Jodoh~

Assalamualaikum...


Bercerita mengenai jodoh, saya pasti ada di kalangan anda mesti inginkan Mr. Right & Mrs. Right...Betul??? Semestinya, tak ada yg tak nak mendapat jodoh yg baik...sebab apa??? Sebabnya, masing2 inginkan kebahagiaan utk masa depan...tak ada yg tak mahukan kebahagiaan dlm hidup...tak akan ada manusia yg ingin hidupnya diselubungi kesedihan sepanjang masa hingga menjelang hari tua...dengan kebahagiaan kita boleh merasakan alangkah indahnya hidup yg diberikan oleh Tuhan...dengan kebahagiaan, insyaAllah kita akan merasakan kesenangan & kemudahan dlm hidup kita...Maka, tak hairanlah setiap org mahukan pasangan hidup yg baik utk dikahwini, utk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga yg selalu diidamkan...saya pasti, tak akan ada manusia yg inginkan hidupnya bersama pasangan dihujani masalah, bebanan, sehingga ke hari tu, juga sudah pasti tak ada yg mahukan rumah tangga hancur di tengah jalan.

Tapi, persoalannya, sejauh mana kita boleh mencari Mr. Right atau Mr. Right yg kita kehendaki??? Kalau lah ianya sebegitu mudah, pasti aman dunia ni tanpa 'perang' antara pasangan...Kalaulah ia boleh dicari semudah bercakap, pasti ramai yg berebut2 nak kan org yg baik2 yg boleh membimbing kita...tp bg saya ia tak semudah yg disangka...

Kita selalu berpegang teguh dgn ayat Al-Quran dari Surah An-Nur, yg menyatakan setiap lelaki yg baik, hanya utk wanita yg baik & setiap lelaki yg jahat, hanya utk wanita yg jahat...mmg tidak dinafikan & saya sendiri tak berani nak menyangkal ayat ini...tp di zaman skrg cuba kita lihat, terdapat ramai lelaki & wanita baik & ada juga yg tak baik...tp bagaimana nasib lelaki atau wanita yg tak baik tu, yg telah rasa bersalah atau bertaubat atas dosa yg dilakukan pd masa silam utk mendapatkan pasangan yg baik??? Adakah mereka akan diterima utk dijadikan pasangan hidup??? Saya pasti ramai yg akan berkata tak sesuai...tp bagaimana nasib mereka??? Nak dibiarkan hanyut dgn dosa, nak dibiarkan mereka menangisi kesilapan mereka, nak dibiarkan mereka tanpa ada siapa2 yg membimbing mereka??? Mana pergi org yg baik2, tidak kah mereka sudi membantu mereka??? Inilah dinamakan jodoh...Allah ingin mempertemukan kita dengan org yg boleh membimbing kita...saya pasti tak akan ada org yg ingin hidup terus hanyut dengan bayangan2 dosa2 lampau, pasti ingin berubah...jd dgn siapa mereka harus dipertemukan???semestinyalah dengan org yg baik2...InsyaAllah...melainkan org yg mmg tertutup hatinya utk berubah, mmg tak kisah masa depan, itulah org yg rugi...

Membimbing org yg hendak berubah, itu sudah dijanjikan pahala yg banyak...mmg bukan kerja yg mudah...saya pernah terbaca 1 kisah di keratan akhbar, seorg wanita yg ingin sgt berubah tp mengatakan tiada seorg yg inginkannya sebab dia seorg wanita yg jahat...jadi dia mengambil keputusan utk terus melakukan dosa...jadi di mana tanggungjawab kita??? Inilah yg saya maksudkan...bg yg ingin berubah ingin mengecap kebahagiaan, tak salah utk dia berpasangan dgn sesiapa yg dia rasakan boleh bimbing dia di masa hadapan terutamanya dlm perkahwinan...dan perkahwinan adalah utk sama2 kita melengkapi antara satu sama lain...terimalah pasangan seadanya...sebab kita tidak tahu bila nyawa akan berpisah dari jasad...Jika sudah ada emas di depan mata, buat apa lg nak cari tembaga...hargailah pasangan kita...jgn yg dikendong berciciran, yg dikejar tak dapat...

Sekian, pendapat saya yg panjang lebar...minta maaf sebab ini cuma pendapat saya...harap ada yg sudi memperbetulkan saya...


Wallahualam...


Wednesday, March 16, 2011

Hanyut

Harus bagaimana lagi,
Dan terus begini,
Dengarkan aku, lihat ke mataku,
Cukup sudah kau menghukum,
Salahku tetap salahku,
Benarkan ku berbicara,
Agar bisa pulih semua...

Namun harus sampai bila,
Kau kan diam seribu bahasa.....

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu,
fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu,
bagaimana ku nanti,
bila tiada mengganti,
yang ku ada hanya kamu saja,

Saat mata terpejam,
Hanya kau ku terbayang,
Menghapus segala resah di jiwaku,
Saat mata terbuka kaulah yg pertama,
Tanpamu aku bayangkan hidup tanpa dirimu.....

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu,
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu,
Bagaimana ku nanti,
Bila tiada mengganti,
Yang ku ada hanya kamu saja,

Aku memang bersalah,
Selalu saja mengabaikan mu,
Dan tapi telah kusedari,
Segala perit kau lalui,
Ku terlupa kau terluka,

Dan memang selalu aku bersalah,
Selalu saja mengabaikanmu meninggalkanmu,
Dan tetapi itulah aku sedari,
Segala perit yg kau lalui,
Kerana diriku yg terus hanyut,

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu,
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu,
Bagaimana ku nanti,
Bila tiada mengganti,
Yang ku ada hanya kamu saja,
Bagaimana ku nanti,
Bila kau tak di sisi,
Yang ku ada hanya kamu saja......




Sunday, March 13, 2011

~Apa ye~

Assalamualaikum...


Hari ni aku bercuti...baru balik dari menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu aku di Kuala Terengganu...mmg penat tp aku rasa mcm berbaloi sbb ramai2 org kat luar sana, aku dipilih jd pengapit utk sepupu aku...yela, mungkin kami ni rapat & lebih senang uruskan sesuatu bersama sebab dah lama kenal dari kecil & boleh percaya 1 sama lain...


Bila tgk dia dah kahwin, terdetik kat hati aku bila pulak tibanya masa utk aku...aku ni kan membosankan...takut perkahwinan yg dimpikan berpanjangan jd x panjang usianya jika aku ni membosankan pasangan aku...rasa cemburu sbb sorg2 sahabat2 & sepupu sepapat aku yg dah selamat berkahwin...senang je diorg dpt kahwin...cemburu beb...org duk bertanya aku ni bila lg, asik jd pengapit je, nnt aku kahwin entah siapa la nak jd pengapit aku lak...


Aku nak sgt kahwin muda...nak tau sbb apa??? kebaikannya sbb bila dah ada anak di usia muda, aku ni kira tak adalah terlalu tua nnt nak menanggung diorg nnt (diorg???cam ramai je anak aku nnt)...harap2la murah rezeki aku...tp yg x best nya bila dgr2 org ckp kalau jd pengapit ni mmg lambat kahwin...ada yg ckp cepat kahwin...mana 1 yg betul ni??? harap2la cpt...adalah suri rumah yg bersedia menjadi peneman hidup, yg boleh uruskan hidup aku yg tunggang langgang ni...


Aku sayang bangat kat gf aku...harap2 dia boleh la jd pasangan hidup aku...boleh uruskan hidup aku, boleh terima aku seadanya, boleh jd tulang belakang aku bila aku perlukan sokongan...tu yg aku impikan...mcm2 rancangan yg aku dah berangan nak buat sempena majlis kahwin aku nnt...kelakar pulak bila fikir2 blk...sebolehnya, aku nak berjimat utk urusan kahwin...buat seringkas mungkin...ikutkan rancangan aku, aku nak bernikah di masjid & buat majlis kecil-kecilan utk saudara mara terdekat & sahabat2 yg rapat...x pun, kalau nak buat besar sikit, bg aku, buat 1 majlis je...iaitu x adalah buat kat rumah pengantin perempuan or laki, tp buat kat dewan...kira majlis 1 hari tu jela..kan senang & jimat...semua org dtg 1 hari tu je...apa yg penting keberkatan majlis tu bkn nak bermegah2...


Mulai skrg, aku dah kena plan utk hidup aku...aku dah mula kena menyimpan utk keluarga yg akan aku bina...aku x mau anak2 & isteri aku nnt susah bila aku sudah tiada...setidak-tidaknya, adalah harta yg boleh aku tinggalkan utk diorg...


Macam mengarut je aku ni...kan???


(^__^)




Friday, March 4, 2011

~Al-Fatihah~

Assalamualaikum...


Hari ni, Jumaat (4/3/2011), sebelum bermulanya khutbah Jumaat, sy telah berpeluang mendengar tazkirah/ kelas memperbetulkan bacaan Al-Fatihah di Masjid Seksyen 16 td...sungguh menarik apa yg Ustaz telah sampaikan sehingga terjaga sy dr lena...hee...

Apa yg menariknya, penyampaian Ustaz berkenaan mengenai kesalahan yg mungkin, sering atau telah kita lakukan mengingatkan sy sama ada bacaan sy dlm keadaan baik atau pun tidak...bg sy, sy rasa masih belum sempurna dlm bacaan al-Quran...Ya, Surah Al-Fatihah, surah yg sering kita baca terutamanya ketika solat...adakah kita sedar bacaan kita betul atau pun tidak???

Menurut Ustaz, surah Al-Fatihah memainkan peranan penting ketika solat...tahukah anda sebab apa? Surah Al-Fatihah adalah 1 surah yg seperti 1 doa utk kita memohon kepada Allah...jd perlulah kita utk membetulkan bacaannya...bayangkan, jika kita memohon 1 permohonan kpd kwn atau sesiapa saja dgn percakapan yg tidak sempurna, mungkin tidak betul, adakah permohonan kita akan dilayan? Semestinya bg kita, kita tidak akan melayan permintaan org yg ckp nya seperti merapu, sebutan salah atau tidak jelas...begitu juga Allah...bagaimana Dia boleh melayan permintaan doa dr hambaNya jika hambaNya tidak menuturkan kalimah yg betul kepadanya...

Menurut Ustaz itu lg, menurut bacaannya terhadap buku atau risalah2 mengenai kesalahan ketika membaca Al-Fatihah karangan atau peninggalan Imam Syafie, sebenarnya, ada 45 kesalahan yg mungkin kita akan atau telah kita lakukan...Subhanallah...mcm mana ye? Jadi, menurutnya, perlu lah kita mempelajari cara2 yg betul utk menyebut makhraj atau sebutan setiap huruf dlm ayat Al-Fatihah...kalau tidak, maka akan terpesong lah maknanya...bagaimana Allah akan memakbulkan permintaan kita...

Slps mendengarkannya, sy tersedar mmg betul apa yg Ustaz itu sampaikan...sudah tiba masanya utk kita sama2 belajar utk membetulkan bacaan Surah Al-Fatihah juga surah2 lain di dlm Al-Quran...

Sekadar berkongsi utk renungan bersama kalian...

Sekian...

Wassalam... (^__^)

Wednesday, March 2, 2011

~Positif + ~

Assalamualaikum...

Sy kembali lg..hee...hari ni sy nak share la pengalaman sy...setakat harini jela...sy rasa hari ni sy berasa seperti ketenangan tu dtg pd sy...nak tau sbb apa??? Sbb sy cuba utk berfikiran positif & ceria! Alhamdulillah...


Hari ni walaupun sy sibuk dgn pelbagai tugasan di tempat kerja (melayan panggilan customer, melayan panggilan sales rep, meeting, dan InsyaAllah akan diberikan tugasan lebih berat lepas ni), sy tetap merasa kan ketenangan...Alhamdulillah...dan sy berasa gembira dgn keadaan mcm ni...harap2 lah ia berkekalan...


Walaupun penat dgn semua tu, sy rasa gembira, seolah2 sy berjaya memenuhi & menyelesaikan kehendak org lain...Alhamdulillah...lg 1, sy cuba utk bersangka baik dgn semua org...sblm ni, sy pernah kena mrh dgn customer & sy mmg la sedih & terasa...tp td even ada masalah mcm tu, sy cuba utk bertenang, tarik nafas dlm2 & Alhamdulillah semua rasa nak mrh tu hilang...mungkin org tu mrh sbb hajatnya x dipenuhi, mungkin juga kena push dgn org atasan...jd, sy rasa berfikiran positif, tenang, ceria, & bersangka baik kpd org lain akan membuatkan anda akan lebih bersemangat & bertenaga...(^__^)


Percaya atau tidak??? Hee...sy dah cuba, anda bila lg? Cubalah, x perlu keluar duit, x berpeluh pun..hehe...cubalah utk bertenang, berfikiran positif, bersangka baik, ceria, InsyaAllah ia akan membuatkan anda gembira...huhu...itu pendapat sy...cubalah ye!!!


Sekadar berkongsi dgn anda... (^__^)


Wassalam.....