BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 1, 2011

8 Perkara Tentang Lelaki Perlu Kamu Tahu

'Lelaki memang sukar utk difahami'. Ungkapan ini sering dilafazkan oleh ramai gadis. Adakalanya si gadis merasakan seolah-olah lansung tidak memahami jalan fikiran pasangan mereka. Kamu pasti terfikir seolah-olah si dia berasal daripada dunia lain yg memiliki bahasa berbeza sehingga sangat sulit utk kamu mengerti bahasa yg si dia gunakan.

Tapi, kamu jgn terlalu khuatir dengan masalah itu. Evan Marc Katz, penulis buku berjudul 'Why You're Still Single: Things Your Friends Would Tell You If You Promised Not to Get Mad', yang juga konsultan berkaitan perhubungan sedia berkongsi rahsia tentang si jejaka yg tergolong dalam kategori itu. Mungkin sejurus kamu tahu ttg rahsia ini, kamu boleh selangkah memahami si dia.

1. Sama seperti si gadis yg tidak mahu dinilai berdasarkan penampilan fizikal. Lelaki juga tidak mahu dinilai berdasarkan material semata-mata. Malah, si jejaka juga sedar bahawa kebanyakan gadis turut memandang 'lelaki' dari sudut kewangannya juga.

2. Cemburu ttg perkara2 remeh memang boleh menambahkan sikap romantis individu. Namun sikap cemburu si gadis adakalanya agak keterlaluan sehinggakan si dia merasa kamu tidak mempercayainya.

3. Jika si gadis marah kerana merasa pasangan tidak mengetahui apa yg diingininya, ternyata si gadis hanya membuang masa sahaja. Memang benar, lelaki memang tidak tahu apa yg si gadis mahukan. Jika si gadis menginginkan sesuatu, lebih baik berterus-terang sahaja kpd si dia!

4. Disebabkan si lelaki suka menjeling ke arah perempuan seksi, ia tidak bermaksud lelaki ingin bercinta dengan perempuan itu. Percayalah, mereka hanya mengagumi ciptaan Tuhan.

5. Lelaki sangat menghargai jika kamu boleh memasak sesuatu hidangan khusus utknya, walaupun ia hanya sekeping roti sandwich.

6. Pasangan lazimnya tidak terlalu mementingkan pakaian kekasihnya pakai itu sedang 'in' atau tidak. Sebaliknya, pasangan hanya ingin buah hatinya itu selesa dengan dirinya sendiri.

7. Lelaki sgt menjaga ikatan persahabatannya. Jadi, jika ada hal2 peribadi yg seharusnya kamu berdua sahaja tahu, maka biarkan hal tersebut menjadi rahsia antara kamu. Contohnya, nama panggilan manja kamu berdua.

8. Percayalah pada teman2 kekasih kamu. Mereka adalah sumber yg boleh kamu percayai kerana mereka lebih memahami si dia. Ini kerana mereka berbicara dalam bahasa yg sama.

BONUS: Menurut Evan Marc Katz, untuk seorang insan yg bernama LELAKI, ungkapan AKU CINTA KAMU mampu membawa maksud yg besar dlm seluruh kehidupannya. Jadi, sebahagian besar lelaki tertunggu-tunggu kekasihnya melafazkan ungkapan tersebut terlebih dahulu.

0 comments: