BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 11, 2011

Sedih2 baca nota cinta ni...

Saya tertarik berkongsi nota cinta ini dengan anda semua...sedih2...bacalah ye...


Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi pertama kali bertemu dengan awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi, itulah kebenarannya.


Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak. Saya tidak boleh membohongi perasaan saya yang saya amat menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAI awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara ke hujung dunia mencari awak, rupa-rupanya awak di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut saya tidak mampu selam. Di sana saya tidak mampu untuk melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan awak jugalah yang menyalakan api & membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa sebenarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati saya ini, saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau awak mungkin juga belum pernah benar2 jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menCINTAI saya?

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil segala kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan kerana saya bencikan awak. Jangan sekali-kali.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Saya menCINTAI awak.

Awak,

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya:-

"Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun pada waktu itu, saya bisu buat selamanya."

"Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selama-lamanya. Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia buat selamanya."


Seseorang pernah berkata,

"If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, then that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place."

Awak,

Kerana saya menCINTAI awak, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya, suatu hari nanti awak akan memahami erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAI seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada Tuhan yg mempertemukan kita. Saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak akan peenah menyesal mengenali awak kerana sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, saya telah bersikap jujur & ikhlas dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali kepada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Ilahi dan kalau pun awak tidak akan kembali kepada saya, saya percaya, itu mungkin yang terbaik. Ingat, doa saya selalu bersama awak.

~Penulis asal tidak diketahui~



0 comments: