Assalamuaikum...
Hari ni tajuk blog saya berkenaan dengan 'Perkahwinan'. Siapa yg tak mahu berkahwin??? Takkan ada punya manusia yg tak mahu berkahwin kecuali bagi mereka yg mungkin fobia disebabkan pernah menghadapi masalah dlm rumah tangga terutamanya kaum wanita. Semua org nak mendirikan rumah tangga termasuklah saya ni...hehe... Apakah maksud di sebalik perkataan "kahwin"? Mengikut pandangan dan fahaman saya la kan, perkataan kahwin ni berasal daripada perkataan Arab iaitu "Nikah"...Cuma mungkin bila diMelayukan perkataan tu maka terciptalah perkataan kahwin yg sentiasa disebut2 di kalangan masyarakat Melayu kita. Apa pula maksud nikah itu sendiri? Nikah tu pula membawa maksud "hubungan di antara lelaki & wanita yg bukan mahram yg dihubungkan melalui akad nikah (seperti perjanjian) yg dipersetujui antara pasangan itu dengan disaksikan oleh beberapa saksi dengan diikuti beberapa syarat.
Dengan pernikahan ini, maka fahamlah kita, hubungan antara pasangan itu menjadi sah & halal. Maka dengan itu, hubungan kelamin antara pasangan itu juga sah & halal dan ia perlu dipenuhi jika ia dikehendaki oleh pasangan tetapi dengan bersyarat la...jangan hentam sembarangan je...huhu...Perkahwinan amat digalakkan dlm Islam sebab ia mempunyai faedahnya yg tersendiri...Nabi Muhammad s.a.w pun berkahwin inikan pula kita sebagai umatnya...Perkahwinan adalah 1 sunnah Baginda yg perlu kita ikuti kerana ia memberi pahala kepada kita dan barangsiapa yg melakukannya, InsyaAllah tergolong dlm golongan org2 yg akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad itu sendiri...waaahhh...bukankah ianya 1 bonus bg kita??? Nabi juga pernah berkata, jika umatnya tidak mengamalkan sunnahnya, maka tidaklah dia tergolong di kalangan umatnya...so, sendiri mahu fikirlah...
Perkahwinan juga menghalalkan yg haram...apa maksudnya? iaitu hubungan antara lelaki & wanita tu sendiri...semua dah jadi halal...nak sentuh, nak cium, nak apa lg, semua ok punya...huhu...sebab dah halal kan...tapi ramai juga yg tak mahu berkahwin atas sebab tertentu, ada yg munasabah sebabya, ada yg tidak...macam kelakar pun ada...sampaikan ada yg nak berkahwin sesama jantina pun ada...MasyaAllah...pelik dunia zaman sekarang...
Saya seronok zaman sekarang, muda remaja dah semakin ramai yg berkahwin...muda2 dah kahwin...baguslah mcm tu...saya pun teringin juga tapi tak adalah sampai terdesak yg amat sgt sebabya saya sendiri tau apa yg perlu saya kukuhkan...nampak mudah, nikah mmg mudah sbb itu adalah syarat wajibnya, cuma yg tak berapa bestnya, kos utk majlis kahwin tu yg membuatkan saya rasa boleh membazir...mmg kita akan jd raja sehari tp tak perlu lah sampai membazir...so berpada2lah dlm urusan perbelanjaan perkahwinan ye...kan molek gitu...
Ada beberapa hukum yg menyatakan bila perkahwinan itu jadi wajib, harus, sunat, haram dilakukan...ianya wajib apabila seseorg itu berkemampuan, apabila dia merasakan dirinya tidak mampu utk mengawal nafsunya dan utk mengelakkan zina...maka wajiblah berkahwin...harus pula bg org yg berkemampuan, tapi masih dpt mengawal nafsunya daripada terjebak dgn zina...hukum sunat juga hampir sama seperti hukum harus...haram apabila seorg lelaki itu tidak berkemampuan, dan dikhuatiri boleh menyakiti hati, perasaan, fizikal pasangannya...maka ia tidak dibenarkan...jika tidak berkemampuan maka kenalah berpuasa utk menghindarkan diri daripada melakukan perkara2 seperti itu...
Maka, itu sajalah pendapat saya berkenaan perkahwinan...ringkas saja..hehe...kalau ada pendapat lain, silalah tambah...jgn segan2...hee
Wallahualam...
Wassalam.... (^__^)

0 comments:
Post a Comment