BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 26, 2011

~Untungnya Wanita Bergelar Ibu~

Assalamualaikum...

Topik hari ni membincangkan tentang wanita yg bergelar ibu ataupun yg bakal menjadi ibu...wah, lepas saya baca artikel tu, saya berasa amat takjub dengan balasan yg Allah berikan pada seorg ibu yg benar2 menjalankan tugasnya sebagai ibu yg mithali...banyaknya pahala yg bakal seorg ibu akan perolehi sehinggakan saya rasa seolah2 cemburu...hehe...tapi itulah kuasa Tuhan, sebab pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya...Jadi, wanita2 di luar sana, apa lagi, rebutlah peluang ini, jadilah bakal isteri & ibu yg bertanggungjawab & solehah...mari kita renungkan ganjaran yg bakal seorg ibu perolehi melalui artikel di bawah...

~ Lagu dendangan penyanyi Aishah antara yg popular dlm menggambarkan kemuliaan seorg wanita bergelar ibu. Bahkan, di dalam al-Quran dan hadis juga sudah dinyatakan betapa tingginya darjat seorg ibu sehingga dinyatakan bahawa syurga itu terletak di telapak kaki ibu. Cuba kita hayati betapa mulianya menjadi seorg ibu.

~ Doa seorg ibu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Seorg ibu lebih penyayang daripada seorg ayah dan doa org yg penyayang itu tidak sia-sia".

~ Rasulullah bersabda lagi: "Wanita yg tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku di dalam syurga".

~ Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah, siapakah yg lebih besar haknya terhadap terhadap wanita? Jawab Rasulullah: "Suaminya!" Dan siapa pula yg lebih besar haknya terhadap lelaki? Jawab Rasulullah: "Ibunya".

~ Apabila seorg wanita itu hamil, sejak itu juga setiap hari para malaikat akan beristighfar utknya dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.

~ Apabila seorg wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya, maka Allah akan memberinya pahala bagai org yg berjihad ke jalan Allah.

~ Setelah wanita itu melahirkan bayinya, maka terhapuslah segala dosa-dosanya ibarat seperti dilahirkan semula. Dan setiap urat yg putus semasa melahirkan itu, Allah akan memberi pahala bagaikan org yg menunaikan haji.

~ Setelah lahir bayi itu lalu disusukan, maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah. Dan seorg ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua tahun, maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untunya.

~ Apabila seorg ibu memberikan susunya kepada bayinya yg menangis kelaparan, maka Allah akan memberinya pahala bersamaan setahun solat dan berpuasa.

~ Seorg ibu yg bersengkang mata pada waktu malam kerana menjaga anaknya yg sakit, Allah akan memberinya pahala bagaikan memerdekakan seramai 70 org hamba.

~ Seorg ibu yg menghiburkan hati anaknya, Allah memberinya 12 tahun pahala beribadat.

~ Seorg lelaki bertanya kepada Rasulullah, siapakah manusia yg berhak aku layan sebaik-baiknya? Jawab Rasulullah: "Ibumu". Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab: "Ibumu". Dan siapa lagi? Baginda menjawab: "Ibumu". Dan setelah itu siapa lagi? Baginda menjawab: "Ayahmu". Sesungguhnya seorg ibu itu perlu didahulukan tiga kali ganda melebihi si ayah seperti yg disebut dalam hadis Rasulullah tersebut.

~ Seorg sahabat datang menemui Rasulullah meminta izin untuk turut serta dalam perang jihad. Lalu Rasulullah bertanya: "Adakah kamu mempunyai ibu?" Ya, jawab lelaki itu. Lalu Baginda bersabda: "Jika begitu, tetaplah engkau bersamanya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kakinya".

~ Ibnu Umar r.a melihat seorg lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung ibunya. Lelaki itu mengeluh sambil berkata: "Aku bagaikan tunggangan yg hina terpaksa memikulnya. Apakah dengan ini aku sudah membalas budinya?" Lantas Ibnu Umar menjawab: "Tidak! Langsung tidak mampu engkau membalas walaupun sekadar satu helaan nafasnya semasa melahirkanmu".

~ Lihatlah betapa beasarnya darjat seorg ibu di sisi Allah. Pahala berganda diterima seorg ibu hanya untuk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya.


Sayangnya, hanya segelintir wanita yg mengetahui mengenai perkara ini...bersyukurlah dengan kurniaan Allah ini...Pahala seperti ini hanya diberikan khas kepada wanita tetapi bukan lelaki...kira baguslah tu dan beruntunglah kalian...Maka, sama2 lah rebut peluang ini apabila anda bakal menjadi ibu...aha, sebelum terlupa, ucapkanlah "Selamat Hari Ibu" kepada ibu anda, ambillah peluang untuk memeluk, mencium, mengucapkan kata maaf kepadanya, ucapkan kata sayang kepadanya selagi ibu anda masih dipanjangkan umur oleh Allah...InsyaAllah...


Sedikit info daripada saya (^_^)

Syukran Jazilan...Wassalam...

0 comments: