BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 27, 2011

~Macam-macam~


Assalamualaikum...



Hari ni hari Ahad 27/03/2011. Hari yg biasa. Smlm 26hb, mcm biasa, genap 8 bulan aku berpacaran bersama kekasih tercinta. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan. Haraplah & besarlah harapan aku, ia akan kekal selama-lamanya. InsyaAllah...Walaupun, dia tiada di sisi kerana berada nun jauh di Terengganu, aku sentiasa merinduinya.


Smlm juga hari yg aku rasa agak gembiralah juga sebab smlm berlangsungnya pertandingan boling anjuran syarikat tempat ku bekerja yakni Pharmaniaga. Agak enjoy & relax. Dah lama tak main boling & bila diajak turut serta mmg tak fikir panjang, terus je join. Sebelum pergi, solat dulu & doa juga harap2 menang kan. Nak dikatakan team aku ni terror2 belaka tak adalah juga. Semua jenis tahap medium je, tak ada sampai expert bab2 boling ni. Cuma, mungkin sebab balingan yg konsisten antara kami, dapatlah juga kumpul point yg agak banyak & Alhamdulillah team kami menang juga tempat ketiga walaupun kami tak target pun nak menang sebab tengok team lain gempak2 je. So, mmg lah suka sangat2. Sampaikan aku bgtau kat gf aku...huu...mcm lah masuk pertandingan besar sangat.


Hari ni pulak, aku tak pergi ke mana. Tak ada rancangan apa2 pun. Agak bosan. Takkan nak keluar sorg2. Dengan kesihatan yg agak terganggu pagi tadi (muntah2, mungkin smlm mkn entah2 apa2 la dgn member2 aku), aku pun decide la duduk jela berehat kat rumah. Sambil2 tu boleh la buat apa yg patut, so, aku pun bacalah suratkhabar, iron baju kerja utk seminggu, mengemas la sikit rumah ni & bilik aku & tidur sampai ke petang. So, petang tadi lepas solat Asar, aku pun keluar pergi ke bank, masukkan duit untuk adik aku & keluarkan duit untuk bayar bil air, elektrik & internet esok. Kena settle kan cepat, tak adalah pening2 aku nak fikir2 lagi. Balik je dari bank, terus singgah kedai gunting rambut, so rambut aku yg aku rasa dah panjang & serabut tu telah selamat digunting. Balik dari kedai tu, repair motor aku pulak, keluar bunyi bising kat handle, so td aku pun repair2 la bg senyap..ayoyo...tgh2 repair tu, ayah aku pun datangla tolong & sambil2 tu dia cerita la yg pagi tadi masa on the way ke pasar, dia hampir accident, terkejut jugaklah aku. Dia cerita yg ada 1 kereta keluar dari simpang dengan tak berhentinya hampir2 jela nak langgar ayah aku dgn motor kesayangan aku tu...fuh..nasib baik lah tak ada apa2. Selamat ayah aku, selamat motor aku. Nasib baik lah semalam aku dah tukar brake depan & belakang, so selamat lah ayah aku brake td & tak langgar apa2. Alhamdulillah..So, lepas repair motor aku pun bawak la jln2 motor aku tu, tgk macam dah kurang la jugak bunyi bising tu..best2..


Skrg dah mlm, makan sudah, kenyang pun sudah. Kerja tak ada. So bosanlah sikit. Online jela apa yg patut. Ni lah tempat aku nak buang masa sikit. Saje2 je. Oklah, tak ada apa lg kot nak share, esok pulak nak kerja, harap2 minggu ni minggu best. InsyaAllah.

(^__^)

Wassalam...

0 comments: