Assalamualaikum...
Tajuk hari ni ialah 'Penghargaan'...Ni bukan tajuk mcm kita buat folio masa sekolah menengah dulu tau...ni adalah luahan hati mengenai penghargaan...ceritanya mcm ni...
Selepas aku bersama team member aku yg digelar 'Alpha Team' (kat tempat kerja aku) telah berjaya mencapai target yg dikehendaki pihak atasan, maka pg tadi telah diadakan perhimpunan dlm department aku je la...maka mcm2 team la disebut bos aku yg berjaya capai target utk bln 2, x t'lepas team aku la yg seramai 4 org (termasuk aku)...
Tp yg menduka citakan aku, bos aku sebut nama2 teammate aku je la...tp nama aku x disebut...pergh...sentap la masa tu, mcm aku ni x ada buat apa2 utk naikkan sales utk team aku...mcm aku x usaha ke arah nak capai target tu...sedih la jugak...yela, siapa x sedih kalau nama kita x disebut sedangkan nama teammate aku boleh disebut...nak kata nama aku pjg & berbelit2 utk disebut, rasanya x ada la susah mana pun...aku x tau la kalau2 bos aku terlupa atau saja x sebut...yela, aku ni org baru...kerja aku pun mungkin dia anggap x tough mcm teammate aku yg lain tula...
Tp setiap kali aku berpeluang bersemuka dgn dia (kadang2), dia jugak mintak tolong aku invoice kan semua order...rasanya kalau aku x buat semua tu, alamatnya x dpt la angka yg bos aku nak tu...tp di mana silapnya...x apa la...teammate aku ada yg perasan air muka berubah pg td & aku diam x byk ckp pun...nasibla diorg memahami & suruh aku segera lupakan semua tu, kalau x boleh effect kerja aku lak...baik...so, aku terima la dgn hati terbuka...biarla, perkara kecil je tu...rasanya x perlu aku nak pjg2 kan & buat semak dlm fikiran aku ni...x apa la bos, insyaAllah lps ni nampak la ko usaha aku tu ye...
Apa perasaan korg kalau usaha korg utk menggembirakan hati org lain x dihargai??? Kalau aku mmg sedih la...siapa2 pun rasa mcm tu agaknya...bg aku, aku buat bkn utk kepentingan sendiri, tp lebih kepada bantu membantu utk naikkan nama syarikat, buat org gembira dgn performance kita...ada balasan atau tidak, itu terserah kepada org yg menerima...so, bg aku even perkara kecil pun yg kita buat utk org semata-mata utk menggembirakan org lain, yg penting kena la ikhlas...jgn pandang sebelah mata saja apa yg org lain buat utk kita, x kisah la kita nampak benda tu mudah atau senang je nak buat...
Percaya la jika kita menghargai seseorg yg buat kita gembira & senang hati, ucapkan lah terima kasih sekurang-kurangnya...itula pendapat aku, insan kecil di dunia ni...
Sekian...
Wassalam.....
0 comments:
Post a Comment