Minggu ni adalah minggu yg aku rasakan amat membuatku letih, tension, terasa dgn sesetengah pihak yg suka lps tanggungjwb & sebagainya. Kenapa? Yg pertama sbb hari Selasa lps, setelah aku siasat & selidik dgn HR company tempat aku bekerja, kemungkinan gaji bln ni aku tak dpt merasa actual gaji sejak aku di'confirm'kan sebagai pekerja tetap. Bayangkanlah apa yg aku rasa disebabkan kecuaian, kelewatan, sikap acuh tidak acuh seorg staff yg selama ni aku anggap sebagai kakak, senior, org lama, yg handle surat confirmation aku tu. Disebabkan itu, maka surat drpd HR juga terpaksa dikeluarkan lambat. Bayangkan slps 2 bln (slps tarikh sepatutnya aku confirm), barulah surat drpd HR muncul di dpn mata. Bayangkan perasaan aku masa terima khabar sedih tu.....tak ada pun yg memahami perasaan aku. So upset..........
Yg kedua, slps hari tu (hari berikutnya Rabu), tengah syok2 buat kerja aku mcm biasa, aku didatangi seorg staff lg, kali ni aku telah di'sound' baik punya oleh beliau disebabkan dia merasakan aku ni tak banyak kerja, cuai buat kerja & menganggap kerja aku tak mencabar. Hmmmm...dia tak tau agaknya, mmg kerja aku nampak simple tp complicated kalau bermasalah. Aku tau kerja dia agak berat (buat tender), tp adakalanya, aku pun turut membantu utk meringankan bila diminta. Never say no when she asked me to assist her. Tapi, bila sedikit kesilapan yg aku buat, dia bising punyalah. Tak boleh nak ckp. Aku hormatkan dia, dia nak sound aku, aku tak kisah, tp jgnlah dpn org lain. At least panggil aku masuk dlm bilik discussion ke, it's ok la. Kwn aku pun kena jugak sound. Aduh...Dia tak tau agaknya, ada byk perkara yg aku bantu dia selesaikan & terus terang memenatkan aku. Tp aku tak pernah bising pun dgn dia (kdg2 menjawab jugak coz nak defense diri kita sendiri). Tp ptg tu serious mood aku hilang serta merta, malu dgn apa yg berlaku. Sekali lg, tak ada pun yg memahami perasaan aku. So upset......
So, hari Selasa & Rabu tu mmg hari tension buat aku. Minta maaf pd yg tersinggung dgn tingkah laku aku hari tu. Tidak disengajakan bila akal berserabut, kusut....
Hari kemudiannya (Khamis), cuba dtg pg2 ke ofis dgn semangat baru (tgh cuba lupakan apa yg berlaku sblm2 tu), aku pun buka email & shoot email terus kat kwn aku yg senasib dgn aku tu. Aku ckp kita tak boleh biarkan benda mcm ni berlarutan, bkn nak jatuhkan kakak tu, tp kitorg plan how to show to her what we can do slps dia sound kitorg. So, kwn aku pun bersetuju utk improve & cooperate without tunjukkan kerja kitorg kat dia. Alhamdulillah, usaha kitorg akhirnya membuahkan hasil satu persatu slowly (tak kisahla, asalkan aku suka & happy). Lega sikit cuma kitorg belum tunjukkan sgt2 dpn dia yg kita sbnrnya tgh bantu kakak tu. Biar masa yg tentukan slps apa yg jd, actually kitorg tak bermusuh dgn dia. Mungkin tak bertegur mcm sblm2 ni, tp tak mungkin bermusuh. Lg pun dah nak masuk bln puasa kan, kena la nanti bermaafan.
Lain topik, smlm tgk Semanis Kurma, tajuknya Isteri Umpama Bidadari, sgt best & layan. Tetamu undangan pulak si Shuib 'Sepah' dgn isteri dia Sarah tu. Memang kelakar la. Tp penuh dgn info2 berguna. Nak jd isteri yg sempurna mmg la sesuatu yg mustahil lg2 nak jd bidadari di syurga utk suami. Menurut ustaz, setiap isteri yg melayan kasar, tak mahu melayan kehendak suami, tak menurut perintah suami, tak taat, tak setia, mmg la korg tak akan jd bidadari utk suami korg. Tp yg sudi jd bidadari suami korg adalah bidadari yg dicipta khas di syurga utk menemani suami yg baik. Kan rugi gitu? Kata cinta 'Sampai Syurga' bak lagu Faizal Tahir tu kan? kan? so buktikanla seperti bait2 dlm lagu tu. Terbayang bila ustazah menceritakan mcm mana Rasulullah s.a.w, menjaga hubungan dia dgn isteri2 dia. Sgt best & romantik. Caranya lebih kurang mcm ni, mandi bersama, mkn bersama (suap2 gitu), tidur bersama, gurau senda bersama (Rasulullah pun pandai bergurau dgn isteri2 dia tau), tidur & baring di pangkuan isteri (so sweet) & mcm2 lg. Tp pesan ustaz & ustazah, bila suami nak bermanja tu (faham2 sendiri la), layankanlah. Kalau tak boleh pun, ckp la secara lemah lembut. Bukan menengking & katakan "dah tua pun nak manja2 lg ke??!!!". Tak boleh la cam gitu. Even dah tua pun, perasaan utk dimanja mesti ada. Sebab lelaki cari perempuan muda, sebab perempuan muda lebih manja la. So, bg makcik2 jgnlah disalahkan perempuan2 muda tu, makcik2 sendiri pun ada yg manja muda2 dulu. Cintailah suami sepenuh hati, taat pdnya, kecuali bila diperintahkan utk kamu sesuatu yg kamu tidak suka & bertentangan dgn perintah Tuhan. Jgn cinta membabi buta, sampai hukum pun diketepikan sbb katanya perlu taat pd suami. 'u jump i jump' tak boleh guna sgt dah. Fikir2kan lah ye...
Hmmm...rindu pd si dia...xpe2...ok, dh lewat dh ni. Masuk tidur dulu ye..
Goodnight & sweetdreams (^__^)
Wassalam...